Kebijksanaan Di Muka Kesusahan

Hari mendekati hari, semakin deras. Bangunlah oi si adik ini! Janganlah buang masa mengkhayalkan masa depan tanpa sebarang gerak langkah ...

Kerja saya tidak begitu membebankan. Namun, ada kalanya saya berasa terbenam didalam tekanan kerja yang-- pada pandangan saya pada masa itu--melampaui batas. Saya sering di beri peringatan dari 'Atas' (Tuhanlah!) bahawa hidup di bumi ini hanya buat sementara. Malahpetaka, kesusahan, keburukan dan sebagainya juga terkandung dalam pakej yang kita gelar "hidup".

Walaupun saya berazam untuk menegakan cara hidup saya sejajar dengan prinsip-prinsip dalam Al-Kitab, saya harus diingatkan bahawa kebijaksanaan tidak boleh dicapai tanpa menjejak bukit kesusahan dan kekecewaan.

Seperti puting beliung yang melanda dengan tiba-tiba, kita akan diserang pelbagai jenis situasi - sering di luar jangkaan. Adakah kita sedia?

Pengalaman bukannya senang diusahakan. Kita hanya menerima pelajaran setelah menduduki perperiksaan!


* Sebenarnya, saya berazam menjadi seorang pahlawan Jedi dengan 'light saber' berwarna merah jambu. (Dah lah, muka tak hansem, lagi mau tunjuk! Belahlah...)

Comments

Anonymous said…
how much do you charge for bm tuition?
Anonymous said…
Grammar - RM 10 per hour a week
Vocab - RM 15 per hour week
Writing - RM 20 per working hour
(concessions apply to all senior citizens)

For basics, prices are negotiable. Class commences next week depending on number of participants.

he he.. like real eh?

For you, s-a... 50% discount!
Anonymous said…
Memang betul. Takde leh.. saya punye BM tak gitu fasih. Tembak aje, kut.. (this is how sms in BM sounds)

Semoga anda sihat dan sejahtera.. Harap kita dapat ber-emel dengarn kerap (dan membalasnya). he he...

kev

Popular Posts